Permulaan Zaiedean?
Bermula
Dengan mulanya karya seni lukisan sejak kecil dengan mengikut segala bentuk di sekitar antara diri sendiri dengan pelbagai warna warni keharmonian dan keadaan yang bermacam-macam. Mengenali dan belajar mengendali kamera 'compact' berasaskan filem sejak zaman remaja.
Kamera
Kamera digital pertama digunakan sekitar tahun 2003, kamera Olympus C 1 dengan 1.3 Megapiksel, tetapi digantikan dengan BenQ DC E300 kerana faktor penggunaan bateri yg kuat dan megapiksel yg teramat rendah. Menggunakan Olympus FE-340 sebagai foto jalanan di mana-mana berada dan mempelajari teknik-teknik subjek ( protait ) dan landscape apabila BenQ DC E300 pecah di skirn utama.
Bermula mengunakan Dslr kamera secara asas D40 dan mengenali cara penyesuaian penggunaan dan teknik-tekniknya. Menggantikan kepada D3000 setelah D40 terhempas dan rosak di bahagian unit simpanan gambar ( Memory Card )... sehingga sekarang.
Pelajaran
Bermulanya dengan status amatur yang terendah dengan pelbagai kesilapan dan dapat diberi tunjuk ajar yang diberi En.Baharudin Ibrahim [ Pengajar Audio dan Video ] di UTHM. Pelbagai krusus dan teknik yg di ajar oleh beliau dan mengamalkan sikap tidak kedekut ilmu kepada semua orang. Mempelajari gambar-gambar khusus gambar perkahwinan dan montaj dari sumber cgmulia.com. Melihat dan mempelajari teknik-teknik dan gaya seperti di dalam gambar oleh cgmulia.com bagi meningkatkan kualiti dan kreativiti gambar.
Koleksi
Bermulanya koleksi-koleksi gambar dan menyimpan di blogger akubudaknakal.blogspot.com. Menyimpan gambar-gambar di flickr sebagai fotografi jalanan 'street photographer' dengan penggunaan nama pertama Lt. Fukai Enterprise.
Cabaran
Tugasan pertama diberi pada 13.8.2009 dan 3.10.2009 iaitu majlis pernikahan dan persandingan "Ashaabul & Fiza". Cabaran demi cabaran apabila ditimpa musibah, kamera D40 terhempas. Tugasan diterusan juga dengan kamera sewa Panasonic Lumix DMC-FZ18. Tugasan dapat diselesaikan dengan baik dan respon daripada client amat baik. Terima kasih dari pihak client.
Pertubuhan
Awal tahun 2010, cadangan menubuhkan syarikat persendirian ZaieDean WalkPhoto nama antara gabungan "Ruzaini" dan "Aizuddin" serta bertemakan "fotografi jalanan".
Disiplin dan Nasihat
Mempelajari setiap kemahiran dan kemampuan dari segi fizikal dan mental dengan Muliyadi Muhamad (cgmulia.com) dan Ezad Hafidz (ejadfotopoyo.blogspot.com) dalam meningkatkan pengetahuan dan daya kreativiti seni yang dapat dibina sehingga meningkat.
"Teknik,kesilapan,komentar dan segala dalam pelajaran dan kesabaran adalah salah satu peningkatan untuk kita berjaya"